Isnin, 3 September 2012

corak penuh

baju ni corak yg sudah sediaada penuh...
pening juga utk menimbulkan apa yang kite jahitkan atasnya..
tapi inilah yg saya jahitkan supaya corak dan warna tidak tenggelam kerana corak baju ini











Highlight shj


Baju kedua Diana, saya hanya highligh shj mengikut corak bunga kerana kain sifon ni sangat la lembutnya...tak sampai hati nak cucuk jarum ke kain ini....sngt la manjanya kain ini...kena berhati2 supaya benang tak tertarik







bunga - bungaan

custompertama kali menempah utk diserikan manik pada bajunya. asalnya saya tidak dpt utk menjahit baju beliau kerana kesuntukan masa dan mmg bercadang untuk berehat di bulan puasa, tapi kerana beliau menghantar email minta dijahitkan juga manik pada bajunya, tidak sampai hati untuk menolak...tada...dan alhamdulillah beliau suka sgt.









alya


Hayatie menyerahkan
baju anak perempuannya utk diserikan manik












Bertaburan


bertaburan bunga dan manik antara lengan dan leher,
semoga warna latar hitam akan berseri
 bila di jahit manik berwarna kontra begini.












Melingkari Leher


fokus bahagian leher shj utk baju kawan pejabatku ini...












Ahad, 2 September 2012

Ramadan dan Syawal 2012

3/9/2012

Assalamualaikum


Sekian lama sngt tak jenguk blog ni...hari ni kebetulan ada masa sket, jdnya saya pun nk masukkan bbrp gmbr yg sempat saya shoot utk baju2 yg telah saya blingkan dengan beads.

Sementelaah lagi sebelum puasa hari tu, suami awal2 dh warning 'tahun ni tak payah nk sibuk menjahit, lepas berbuka tu pergi solat terawih...anak2 pun dh besar, bawa je sekali'. Disebabkan kata2 itulah saya pun berkira2 nk tolak ke nak ambil ke bila org nk hantar kain baju utk diserikan dgn manik.

At last saya cuma mengambil bbrp pasang je baju..itu pun baju pelanggan tetap yg mmg setiap tahun mesti menempah...tak sampai hati nk menolak...itu pun boleh dijahit selepas balik dari solat terawih termasuklah curi2 masa menyambung pd hari minggu waktu siang bila takde aktiviti masak utk anak2, yelah diorg sume pun posa.

Maaf andai ada salah silap
Dan kite masih lagi berada di bulan syawal, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitiri buat semua


xoxo

Miza