Khamis, 24 Mei 2012

Ibu Ratu Hatiku,




18 Mei 2012, 1:15pagi
Telah pulang ke Rahmatullah


Pertengahan Disember 2011 bermula dengan demam dan hilang selera makan akhirnya pada awal Mei  2012 mak mertua disahkan menghidap barah hati, peringkat 3. Hati menjadi sebak mendengar penjelasan doktor dari PPUM yang kanser itu telah merebak sepenuhnya pada hati mak. Tapi kami sekeluarga berusaha mencari rawatan alternatif untuk kanser mak ini. Tapi Allah swt lebih menyayangi mak dan akhirnya mak menghembus nafas terakhir pada 18 Mei jam 1:15 pagi hari jumaat di Puncak Alam dengan dikelilingi oleh semua anak2, menantu2 serta cucu2nya kecuali anak beliau yang tinggal di Melaka. Jenazah mak telah disemadikan di tanah Perkuburan Datuk Keramat pada jam 11 pagi, sebelum solat Jumaat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

Al-fatihah buat mak
Maimunah Omar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan