Agak dah basi, sepatutnya diawal selepas pulang dari percutian di Kota Kinabalu hari tu, saya telah pun masukkan entry ini. Kenangan percutian ini mmg lebih kepada utk mencari makanan laut yg dikatakan murah dan bersantai di Pulau Manukan yang cantik. Cuma perjalanan yg terpaksa menaiki bot laju sangat la kecut perut (bagi saya la). Mungkin tak naik lagi, agak serik. Tapi bagi pengemar aktiviti scuba diving, snorkling dan berendam di pantai inilah destinasi terbaik buat anda.
Harga seafood mmg murah berbanding harga di Semenanjung.
semoga saya berpeluang lagi ke sana bersama family sbb trip kali ini mmg dgn bbrp kawan shj.